Monday, October 13, 2008

Beza Orang Beragama dan Orang Yang Belajar Agama


Assalamualaikum...Apa agaknya beza 2 istilah ini?

Biasa saya sebutkan dalam pengisian yang saya sampaikan kepada audien. Orang yang beragama boleh jadi dia hanya mempunyai sedikit asas agama dan tidak belajar khusus dalam disiplin agama tetapi menghayati sedikit sebanyak ilmu tentang agama yang ada pada dirinya!

Sedangkan orang yang hanya belajar ilmu agama semata-mata tetapi tidak beramal apalagi mempergunakan agama untuk kepentingan peribadinya ternyata jauh menyeleweng.

Namun begitu, orang beragama yang paling mulia ialah dia belajar ilmu agama hayati kemudian menyebarkannya sebagaimana para sahabat r.a. yang digelar sebagai Jil Qur'aniyyun Faridun oleh al-Syahid Syed Qutb iaitu Generasi Qur'an yang unik.

Oleh itu, mari sama-sama kita koreksi diri kita di golongan yang mana agaknya?

21 Mei 2007, 4 JamadilAwal 1428,

1.00 petang Malaysia Timur

Posted by iskandar zulkarnain at 12:38

1 Comments:

Blogger ummi nazihah said...

insaf..aku ini banyak belajar dan membaca namun amalnya di hujung kuku sahaja, yang di hujung kuku tu itu ntah diterima ntah tidak

January 13, 2010 at 8:04 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home